Pertahanan pasukan Red Devils, Luke Shaw telah memberi amaran bahawa pasukannya, Manchester united akan kembali menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.
Menurut Luke Shaw, United tidak akan memberi laluan mudah pada musuh utama mereka iaitu Liverpool dan Manchester City dalam memburu trofi EPL.
"Mereka (Liverpool dan City) tidak akan dapat laluan mudah musim depan. Memang ada pihak yang akan meragui kemampuan kami, tetapi kami tidak ambil peduli. Bagi saya dan pasukan tahu apa yang kami lakukan dan kami rasa lebih baik berbanding musim lalu.
"Kami perlu kembali mencipta kemenangan dan menjulang piala selain akan memastikan musim depan bermula dengan baik dan meneruskan momentum tersebut," katanya.
Tambah bintang kelahiran England itu lagi, pretasi Man. United musim lalu adalah amat menyedihkan dan berjanji ia tidak akan berulang lagi.
"Musim lepas menjadi musim menyedihkan buat semua orang. Saya tahu penyokong turut kecewa dengan kami. Pasukan lain melakukan dengan cemerlang menang beberapa kejuaraan besar.
"Ia amat sukar buat kami dan kami juga tidak dapat bercuti dengan tenang selepas EPL berakhir. Anda menyaksikan Liga Juara-Juara dan Liga Europa didominasi kelab Inggeris, tetapi kami tiada di situ. Ia menyebabkan situasi bertambah buruk. Kami janji ia tidak akan berulang.
"Kami akan memulakan musim depan dengan hala tuju dan pemikiran yang berbeza untuk memastikan United berada di landasan yang betul," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.