Pasukan Manchester City nyata sebuah pasukan yang dikagumi apabila menang besar 6-0 keatas Watford dalam final Piala FA di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Dengan penguasaan bola sebanyak 64.7%, Man. City memiliki 24 peluang dan 11 daripadanya adalah tepat pada gawang gol Watford.
Selepas mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris minggu lalu dan memenangi Piala Liga dalam penentuan penalti ke atas Chelsea, kemenangan keenam Piala FA ini menjadikan mereka pasukan kelapan untuk memenangi Liga dan Piala FA yang berganda dan pertama kali sejak Chelsea pada 2010.
Untuk musim 2018/19, Man. City telah memiliki 4 piala dalam saingan berbeza iaitu Community Shield, Carabao Cup, Liga Perdana Inggeris dan FA Cup.
Tahniah Manchester City!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.