Sempena Hari Kebangsaan ke-64, Palestin menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dengan menamakan salah sebuah jalan terpenting di daerah barat Gaza sebagai Malaysia Street.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi berita gembira itu dan menyifatkan ia satu kejutan dan hadiah terbesar Palestin kepada Malaysia.
“Inilah hadiah paling besar Palestin buat kita bersempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-64 pada tahun ini.
“Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia,” katanya.
Malaysia Street terletak berdekatan di sekitar universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza.
“Pemilihan lokasi itu menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka,” ujarnya.
Selain beliau, majlis perasmian jalan tersebut juga disempurnakan oleh Datuk Bandar Gaza, Dr. Yahya As-Sarraj disaksikan penduduk di sekitar bandar Gaza.
Sumber: Instagram Nadir Al-Nuri
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.