Malaysia kini terletak ditempat pertama bagi kategori penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia, sama seperti rekod terdahulu pada tahun 2016.
Tersenarai dalam “Best Healthcare in the World category of the 2019 International Living Annual Global Retirement Index”, Malaysia berjaya mencatatkan skor 95 daripada 100, menjadikan ia sebagai negara terbaik yang mempunyai penjagaan kesihatan.
Menurut laman sesawang International Living, Malaysia tersenarai ditempat pertama daripada 6 negara yang mempunyai servis dan infrastruktur kesihatan terbaik di dunia.
Tambah lagi, 13 hospital dinegara ini juga diiktiraf oleh Joint Commission International (JCI) kerana mempunyai doktor tempatan yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih.
Selain itu, Perancis dan Thailand masing-masing ditempat kedua dan ketiga selepas Malaysia, dan Costa Rica, Mexico dan Equador masing-masing ditempat ke-4 dan ke-5.
Sumber: WOB
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.