Zaman millenia yang penuh bergantungan kepada alam siber ini, lokasi-lokasi pelancongan perlulah menjadi ‘instagram worthy’ ataupun cukup cantik dan cukup taraf untuk di muat naik di laman sosial Instagram.
Alangkah bangganya negara Malaysia apabila disenaraikan sebagai tempat ke-17 dalam senarai negara yang paling cantik untuk dimuatnaik ke laman sosial Instagram.
Senarai tersebut dibuat oleh laman ‘Big Seven Travel’ yang merupakan sebuah saluran dan juga blog mengenai destinasi-destinasi pelancongan dan pengembaraan. Laman ini mempunyai seramai 428 ribu pengikut dalam lingkungan umur 18-34 tahun.
Saluran itu juga menampilkan gambar-gambar fotografi dan video yang menarik dari seluruh pelosok dunia. Hal ini memangkin para pengikutnya untuk menjelajahi dunia ini dan mencari tempat-tempat yang indah diserikan dengan alam flora dan fauna.
Dalam senarai tersebut, Sydney, Australia telah dinobatkan di tempat pertama dengan keindahan hidupan-hidupan liarnya. Negara benua ini tidak asing lagi dengan kepelbagaian sumber alamnya, baik dari segi tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.
Antara tempat atau bandar yang berada di atas tangga Malaysia termasuk New York, Amerika Syarikat, Maldives, Rom di itali, Bali, Indonesia dan juga negara jiran kita, Singapura.
Menurut laman tersebut, soal selidik yang telah dibuat menunjukkan 67% orang melawat satu-satu tempat selepas melihatnya di laman Instagram, dan 61% terus menempah hotel untuk percutian mereka.
33% daripada responden survey tersebut juga menyatakan mereka mengkaji destinasi-destinasi percutian meeka di laman Instagram.
Hal ini menunjukkan pentingnya media sosial dalam dunia sekarang ini, terutamnya Instagram dalam menampakkan keindahan destinasi pelancongan.
Sumber: Big Seven Travel
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.