Skuad bolasepak negara telah mempamerkan aksi yang mantap dilaman sendiri selepas membaham skuad Garuda pada aksi perlawanan kelima saingan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada malam ini.
Kubu Malaysia hampir dibolosi pada minit ke-22 namun sepakan Indonesia, Greg Nwokolo berjaya dihalang pertahanan Shahrul Saad sekali gus memberi kelegaan kepada anak buah Tan Cheng Hoe.
Cheng Hoe terpaksa membuat pertukaran pemain pada minit ke-23 apabila penjaga gol Khairulazhan Khalid mengalami kecederaan dan digantikan Farizal Marlias.
Malaysia membuka jaringan cantik menerusi sepakan percuma oleh Safawi Rasid pada minit ke-30 yang gagal ditampan oleh penjaga gol Indonesia.
Perlawanan bersambung pada separuh masa kedua dengan asakan bertali arus oleh kedua-dua pasukan, namun Safawi sekali lagi merobek gawang lawan pada minit ke-73' perlawanan.
Kemenangan ini menjadikan skuad negara naik ketempat ke-2 kumpulan G, dibawah pendahulu Vietnam.
Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu UAE (26 Mac 2020), Vietnam (31 Mac 2020) dan Thailand pada 9 Jun 2020.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.