Miss Universe 2019 telah pun berakhir hari ini dengan menyaksikan Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan dinobatkan sebagai Miss Universe yang baru.
Pertandingan pencarian ratu cantik ini juga memperlihatkan wakil daripada Malaysia, Shweta Sekhon, turut menang kategori Best National Costume melalui undian secara atas talian.
Diberi nama 'A Peranakan Indulgence', kostum yang direka khas oleh Carven Ong ini mendapat ilham daripada masyarakat Peranakan yang kaya dengan tradisi pengantinnya.
Reka bentuk yang rumit dengan kain songket Melayu ditenun ini mempunyai sepasang sayap yang diperbuat daripada kain kebaya Nyonya yang biasanya dipakai oleh wanita peranakan.
Disusun pada gaun itu adalah pelbagai makanan dari masyarakat Peranakan seperti onde-onde, kueh koci, ku ku, kuih talam, kueh lapis, kueh sago dan telur merah.
Terdahulu, pengacara Steve Harvey telah membuat kesilapan dengan mengumumkan Shweta sebagai pemenang yang berasal daripada Filipina. Kesilapan yang sama juga pernah terjadi pada Miss Universe 2015.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.