Skuad Harimau Malaya melakar sejarah tersendiri selepas berjaya mara ke final AFF Suzuki Cup 2018 dengan kelebihan gol tempat lawan.
Tuan rumah, Thailand, membuka gol pertama seawal minit ke 21’ hasil jaringan sendiri Irfan Zakaria, sebelum Syahmi Safari menyamakan kedudukan pada minit ke 28’.
Pintu gol negara sekali lagi bolos pada separuh masa kedua hasil jaringan Pansa Hemviboon pada minit ke-63.
Gol cantik oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71’ berjaya menyamakan kembali kedudukan sebelum pengadil meniup wisel penamat.
Dengan kelebihan gol ditempat lawan, Malaysia mara ke final pada 11 dan 15 Disember ini menentang sama ada Vietnam atau Filipina.
Kredit: Twitter FAM Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.