Malaysia akhirnya berjaya menghasilkan kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 yang pertama, ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19’ akan mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai, Isnin.
Menurut Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak, kit Salixium itu dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung.
Ia hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dilakukan dan keputusannya dinilai dengan jalur yang dapat dilihat dengan jelas.
“Kewujudan atau ketiadaan antigen SARS-CoV-2 dalam persampelan akan ditunjukkan menerusi jalur berwarna merah jambu/ungu di kit tersebut. Sekiranya sampel berkenaan tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna akan muncul, menunjukkan hasil ujian adalah negatif.
“Sebagai pengawalan prosedur, jalur warna kit yang kelihatan itu mengesahkan persampelan yang betul tanpa mengira sama ada wujud atau tiada antigen SARS-CoV-2 dalam sampel tersebut,” katanya.
Kajian dilakukan mendapati sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus dan ketepatannya ialah 100 peratus.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.