Penutupan dan sekatan yang dilakukan banyak negara di dunia dalam usaha mengekang penularan COVID-19 mungkin secara tidak langsung mempengaruhi tahap penglihatan kanak-kanak.

Menurut hasil kajian bersama penyelidik China dan Amerika Syarikat (AS), mereka mendapati terdapat peningkatan masalah rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak di negara China.
Mereka mendapati, kadar rabun jauh atau myopia lebih tinggi pada tahun 2020 dalam kalangan kanak-kanak berusia 6, 7 dan 8 tahun, jika dibandingkan dengan empat tahun sebelumnya. Terdapat lonjakan daripada 5.7 peratus pada 2019 kepada 21.5 peratus pada 2020.
Kadar rabun jauh bagi kanak-kanak berusia 9 hingga 13 tahun pula tidak banyak bezanya meskipun golongan ini lebih meluangkan masa mempelajari kelas secara atas talian.

Dakwa penyelidik, masalah ini berkemungkinan berlaku akibat perintah berkurung di rumah, tambah pula tempoh usia kanak-kanak ketika itu penting untuk perkembangan penglihatan mereka.
“Sekiranya pengurungan di rumah adalah satu keperluan, ibu bapa perlu mengawal dengan sebaik mungkin masa yang diluangkan kanak-kanak di depan skrin dan meningkatkan masa melakukan aktiviti luar sambil mengamalkan jarak sosial yang selamat,” kata penyelidik tersebut.
Kajian tersebut diterbitkan pada Khamis menerusi Journal of the American Medical Association – Ophthalmology.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.