Kredit gambar utama: Shutterstock
Baru makan sikit, tetapi peluh mencurah ibarat hujan... Habis basah baju! Memang spoil la kalau keadaan ni terjadi masa first date, sebelum interview penting atau saat terpaksa berhimpit di dalam kenderaan awam.
Peluh dan bau badan memang tak boleh nak dipisahkan. Tak kiralah lelaki ke perempuan, jika ada tompokan peluh di bawah lengan atau kuyup di bahagian belakang badan, automatic rasa tak selesa. Nampak pula orang sebelah tengah tutup hidung! Adoi.
Tahukah korang, ada cara paling mudah untuk kurangkan peluh ketika atau selepas makan? Jauhi makanan penyebab peluh berlebihan seperti 7 makanan ni.
#1 Makanan Pedas
Orang Malaysia dan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan. Tak pedas, tak umphh! Tapi tahukah korang makanan seperti lada merah, cili, lada putih dan lada hitam sebabkan korang berpeluh lebih banyak? Makanan pedas tingkatkan metabolisme, suhu badan akan bertambah dan badan akan stabilkan suhu dengan mengeluarkan peluh lebih banyak.
#2 Makanan & Minuman Panas
Makan nasi dengan sup panas, lebih terangkat kalau ada sambal belacan dan ulam. Lawan pula dengan teh tarik ekstra kaw... Perghhh! Memang sedap tapi kesemua makanan ni menyumbang kepada peluh berlebihan. Pastikan korang pakai pakaian yang betul seperti yang diperbuat daripada kain kapas, supaya selesa dan tidak tinggalkan bau kurang menyenangkan.
#3 Bawang Oh Bawang!
Siapa kata makan bawang tak berpeluh? Bawang tinggi dengan vitamin B, yang tingkatkan suhu badan. Secara tak langsung sebabkan peluh berlebihan. Bawang juga penyebab kepada bau peluh yang tidak menyenangkan.
#4 Garam
Penting untuk tubuh. Jika terlalu banyak garam, tubuh akan terhidrasi dan boleh sebabkan penyakit seperti jantung dan darah tinggi. Badan kita akan keluarkan garam berlebihan melalui air kencing dan peluh. Lagi banyak garam dalam makanan, lagi banyak peluh yang keluar.
#5 Kafein
Lesunya kalau sehari tak minum kopi atau teh yang semua sedia maklum ada kandungan kafein. Macam tak sempurnalah hidup! Kafein boleh merangsang sistem saraf, meningkatkan tekanan darah dan mengaktifkan kelenjar peluh. Sebab tu korang akan rasa lebih bertenaga selepas minum kopi. Lebih banyak tenaga, lebih banyaklah peluh yang keluar.
#6 Makanan Proses, Makanan Ringan & Makanan Segera
Makanan proses seperti roti putih dan coklat, makanan segera dan makanan ringan, rendah serat dan enzim yang diperlukan badan untuk proses penghadaman. Badan perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat dan lebih lama, suhu badan akan meningkat dan peluh keluar lebih banyak.
#7 Ais Krim
Cuaca panas, memang best kalau dalam ais krim. Nampak sejuk tetapi ais krim boleh panaskan badan dan sebabkan korang berpeluh lebih banyak. Iyalah, sesetengah ais krim kaya dengan pemanis tiruan seperti sirap fruktosa dan kebanyakannya tinggi kandungan lemak. Suhu badan akan meningkat untuk menghadamkan lemak, walaupun lemak tu daripada ais krim yang sejuk!
Sejauh mana korang sanggup ucapkan 'bye bye' pada makanan yang sedap-sedap ni semata-mata bimbang baju berbau peluh? Rugilah! Kata orang 'hilang satu nikmat dunia'... Guna je TOP Micro-Clean Tech dengan teknologi Anti Sebum yang mampu menarik keluar peluh dan sebum serta molekul-molekul lain yang terperangkap di dalam teras fabrik.
Dengan TOP Micro Clean Tech dengan teknologi anti sebum ni, korang tak perlu risau lagi. Pilih je varian mana yang berkenan dihati. Ada yang suka cecair Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures, Odour Buster, Colour Protect untuk mesin basuh muatan atas dan varian Smart Clean untuk mesin basuh muatan depan, ada juga yang lebih prefer serbuk pencuci Super White, Super Colour, Super Hygienic dan Blooming Freshness untuk mesin basuh muatan atas serta Super Low Suds untuk mesin basuh muatan depan.
TOP Micro-Clean Tech dengan teknologi Anti Sebum ni mudah didapati di seluruh negara. TOP, Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih. Alamilah teknologi TOP Micro Clean Tech hari ini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.