Sebelum ini kami pernah melaporkan insiden dimana ada pihak tidak bertanggungjawab mencampurkan paku pada makanan, bertujuan menzalimi kucing dan anjing jalanan yang sedang kelaparan.
Baca: Ada Individu Zalim Bagi Makanan Campur Paku Pada Kucing Dan Anjing Kelaparan, ''Tak Berhati Perut!''
Terbaru, menerusi akaun Facebook AF Fiahmn, satu lagi penemuan mengejutkan telah ditemui apabila makanan kucing jalanan telah dicampurkan dengan pil ubat-ubatan, di kawasan Ujong Pasir, Melaka.
Pengguna Facebook ini menceritakan, sebelum kejadian ini, bekas makanan kucing yang disediakan telah disepak masuk ke dalam longkang, namun kali ini lebih dahsyat apabila makanan kucing itu dicampurkan dengan ubat-ubatan, dengan tujuan tidak baik.
Berita ini juga telah menaikkan kemarahan pengguna Facebook yang nyata berang dengan tindakan individu tidak berperikemanusiaan itu.
Sumber: Facebook.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.