Wabak coronavirus atau 2019-nCoV adalah spesis virus yang tergolong dalam subfamili Coronavirinae, yang berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud mahkota.
Virus ini mulai dikesan dari haiwan eksotik dan liar di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China pada 31 Disember 2019, sebelum ia merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan kematian.
Mereka yang dijangkiti wabak Coronavirus ini akan mengalami batuk, demam dan kesukaran bernafas, seterusnya berlaku kegagalan organ.
Memetik hantaran dari World health Organization (WHO), antibiotik tidak berkesan untuk menentang Coronavirus kerana antibiotik hanya berfungsi untuk menentang bakteria. Disebabkan Coronavirus adalah kumpulan spesis virus, maka penggunaan antibiotik semata-mata adalah tidak berkesan.
Sehingga kini, virus baru dan berbahaya ini masih tiada vaksin dan penawar untuk merawat pembawa serta pengidap wabak tersebut. Namun, langkah pencegahan telah diambil oleh ramai pihak seperti memakai topeng penutup mulut dan mengenakan hand-sanitizer serta kerap membasuh tangan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.