Tugas dan tanggungjawab ibu bapa sangat penting untuk mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak yang tahu mana yang betul dan mana salah.
Baru-baru ini di China viral apabila seorang budak lelaki berusia 10 tahu dilihat membuang air kecil di dalam sebuah lif. Perkara itu menjadi viral selepas pihak pengurusan mendapat banyak aduan penghuni di situ kerap kali terbau busuk hancing daripada air kencing.
Selepas melihat CCTV, ternyata ia perlakuan tidak bermoral seorang budak lelaki.
Namun, ibu bapanya melakukan tindakan bijak apabila memohon maaf kepada penghuni di situ dan telah menyuruh anaknya agar membersihkan lif itu selama sebulan sebagai hukuman dan pengajaran.
“Saya meminta maaf kepada semua kerana telah mengabaikan tanggungjawab saya. Walaupun kami mengingatkannnya setiap hari untuk menjaga kebersihan, dia masih tidak mendengar cakap kami.
Selepas mengetahui apa yang berlaku, kami telah memarahinya akan tindakan tersebut. Dia sedar akan kesilapannya dan saya berharap anda semua dapat memaafkan dia. Dia juga berjanji mahu membersihkan lif itu sebagai hukuman di atas perbuatannya,”tulis ibunya dalam group WeChat penghuni di situ.
Budak lelaki tersebut juga turut menulis nota permohonan maafnya.
“Saya telah membuang air kecil di dalam lif dan saya mahu memohon maaf kepada semua. Apa yang saya lakukan adalah tidak bertamadun. Ia boleh membahayakan orang ramai kerana boleh menyebabkan lif menjadi rosak.
“Saya perlu buang tabiat yang tidak baik ini, tidak buang air kecil dalam lif, membuang sampah atau merosakkan harta benda awam. Diharapkan anda semua memerhatikan saya dan memaafkan saya. Saya akan bersihkan lif selama sebulan sebagai balasan di atas perbuatan saya,” tulisnya.
Sumber: Siakapkeli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.