Satu perkongsian menerusi laman utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyentuh hati ramai pihak.
Foto yang dimuatnaik menunjukkan detik bahagia sekitar majlis graduasi yang memaparkan graduan tunduk hormat kepada ibu bapa dan pensyarah sebagai ucapan terima kasih.
"Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru,semua graduan diminta berdiri.”
“Hormat kepada ibu bapa,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,dan
hormat kepada para guru
ke kanan, TUNDUK.”
“Para graduan dipersilakan duduk.”
Difahamkan budaya tersebut telah diterapkan sejak sekian lama kepada graduan sebelum mereka dikurniakan ijazah sebagai salah satu cara mengucapkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa da juga pensyarah yang banyak mendidik mereka selama ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh hati melihat moment ini sambil throwback kenangan mereka terdahulu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.