Jika anda merupakan seorang yang selalu menggunakan laluan pejalan kaki, saat untuk melintas jalan adalah masa yang paling boring.
Namun tidak Jerman, kerana anda boleh bermain permainan elektronik ‘arcade ping pong’ dengan orang diseberang jalan sementara menunggu untuk melintas.
Diilhamkan oleh pelajar dari HAWK University di Hildesheim, ia bertujuan untuk mengubah persepsi orang ramai ketika sedang menunggu di lampu isyarat. Tambah lagi, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara orang ramai, walaupun saling tidak mengenali.
Projek berkenaan juga mendapat perhatian dari seluruh dunia, termasuk bandar besar seperti Lyon dan Oslo.
Bila agaknya nak masuk Malaysia pula ye?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.