Seorang gadis telah memuatnaik status mahu menjual ibunya yang sudah berusia dan mempunyai penyakit dengan harga serendah RM3.
Kejadian yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia itu menjadi perhatian ramai selepas tularnya iklan di Facebook oleh gadis berkenaan yang mahu menjual ibunya kerana menyusahkan hidupnya.
“Dijual ibu berpenyakit. Harga 10, 000 rupiah (RM3) saja. Yang minat silahkan datang ke Blitar. Uruskan orang tua tidak berguna ini. Dijual kerana menyusahkan. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan.”, tulisnya pada kapsyen.
Pemilik akaun, Friska Meila Anastasya berkata beliau membenci ibunya kerana sakit dan menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk menyara ibunya itu. Beliau juga turut menyamakan ibunya dengan haiwan.
Selepas mendapat kecaman dari orang ramai, Friska dilaporkan telah menutup akaun Facebooknya, namun screenshot iklan tersebut telah tular sejak minggu ini.
Polis dikawasan Blitar, Jawa Timur kini sedang menyiasat akaun terbabit selepas mendapat aduan daripada orang ramai.
Sumber: Tribunnews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.