2 bulan yang lalu, lelaki dari India yang berusia 48 tahun ini, mengadu sakit pada bahagian perut. Beliau seterusnya dikejarkan ke wad kecemasan dan doktor menjalankan pengesanan ultra-bunyi.
Alangkah terkejutnya doktor yang merawat Pradip Kumar Dhali apabila mereka menemui sebilangan objek keras pada bahagian perutnya, dan menjangkakan pada mulanya adalah batu karang.
Selepas diperiksa, ia adalah sebilangan paku-paku yang sudah karat!
Pradip terus dikejarkan ke bilik pembedahan di Calcutta Medical College and Hospital dan doktor terpaksa membedah sebahagian daripada perutnya dan menggunakan magnet untuk mengeluarkan paku-paku tersebut.
Selepas pembedahan, terdapat lebih 600 paku berukuran 4 sentimeter berjaya dikeluarkan daripada perut lelaki terbabit.
Lelaki terbabit disahkan menghidap penyakit schizophrenic, iaitu tabiat memakan makanan pelik.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.