Sekali pandang foto dibawah ini bagaikan diambil menggunakan kamera berkualiti tinggi, namun siapa sangka rupanya ia dihasilkan dengan menggunakan dakwat pen mata bola biasa?
Dihasilkan oleh seorang pelukis dari Nigeria, Oscar Okonu, lukisan yang dikenali sebagai ‘hyperrealistic art’ ini dihasilkan olehnya menggunakan pen biasa secara manual.
Beliau mula melukis seawal usia 9 tahun, sebelum menyambungkan pelajaran dalam bidang arkitektur. Sejak dari itu, beliau mula tahu akan bakatnya menghasilkan potret menggunakan pen mata bola.
Menghabiskan masa antara 200 hingga 400 jam bagi setiap lukisan, Oscar mengakui setiap lukisan itu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan ia bukan mudah untuk dihasilkan.
Lihat hasil lukisan yang dihasilkan Oscar seperti yang dikongsikan olehnya menerusi Instagram @oscarukonu.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.