Dominasi Ronaldo dan Messi sebagai Pemain Terbaik FIFA nampaknya berakhir apabila Luka Modric merangkul anugerah tersebut untuk tahun 2018.
Pemain tengah Croatia itu mengecapi kempen terbaik liga musim 2017-18 dengan membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut sebelum membawa pasukan kebangsaannya ke final Piala Dunia Jun lalu.
Sebelum ini, hanya nama Ronaldo dan Messi sering disebut-sebut sebagai penerima anugerah ini selepas Kaka pada tahun 2007.
Modric mengutip 29.05% undian, Ronaldo 19.08%, dan Mohamed Salah 11.23%.
Selain itu, Anugerah Puskas diterima oleh Mohamed Salah berdasarkan jaringan unik beliau ketika aksi Liverpool menentang Everton musim lalu.
Sumber: Telegraph
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.