Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Brek Gagal Berfungsi, Lori Langgar Enam Kenderaan Libatkan Pengguna Jalan Raya

Bahaya betul ni!
Muhammad Izwan Zainal
25 Jan 2022, 10:48 AM

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan enam buah kenderaan dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi pada Isnin.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang dan berpunca daripada mengalami masalah brek yang terdapat pada lori berkenaan.

brek gagal berfungsi, lori langgar enam kenderaan libatkan pengguna jalan raya

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan pihaknya menerima laporan dan terus menjalankan siasatan berkaitan kejadian.

“Siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku semasa sebuah lori yang membawa muatan tanah dari arah tapak pembinaan berhampiran Kondominium Pantai Hill Park.

“Ketika melalui Jalan Kerinchi berhampiran lampu isyarat pejalan kaki, sistem brek lori berkenaan dipercayai gagal berfungsi lalu melanggar kenderaan yang sedang diparkir di bahu kiri jalan,” katanya.

brek gagal berfungsi, lori langgar enam kenderaan libatkan pengguna jalan raya

Malah, impak pelanggaran itu telah menyebabkan kenderaan terbabit menggelongsor serta melanggar kenderaan lain di hadapannya.

“Siasatan turut mendapati lori tersebut juga telah melanggar tiga kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

“Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambahnya, pemandu lori berusia 49 tahun itu ditahan selepas kejadian dan menjalani ujian pernafasan alkohol (EBA).

“Hasil dari ujian mendapati pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan keputusannya negatif,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya menyeru melaporkan sebarang aduan jika terdapat sebarang maklumat lanjut.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}