Awal pagi tadi, pasukan bimbingan Jurgen Klopp telah ditewaskan oleh seteru utama mereka, Manchester United pada pusingan keempat piala FA di Old Trafford.
Kekalahan 3-2 ini menyebabkan Liverpool tersingkir lepas mengharungi lima perlawanan liga tanpa kemenangan, lagi-lagi lepas tewas kepada Burnley di laman sendiri beberapa hari sebelumnya.
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah tampil menjaringkan dua gol pada minit ke-18 dan 58, namun itu tidak cukup untuk menyelamatkan pasukan daripada pusingan ini apabila Mason Greenwood, Rashford dan Fernandes menambah luka The Reds pada perlawanan itu awal pagi tadi.
Kloop seperti biasa akan menjadi sasaran ramai khasnya peminat The Reds, namun menurut Kloop, beliau masih optimis dengan pasukan meskipun tewas pada dua perlawanan akhir.
"Bukan ini yang kami mahukan, jadi mengecewakan. Kami tidak berada di puncak sebenar, tetapi kami mencipta banyak langkah menarik.
"Anda dapat melihat pemain benar-benar ingin memenangi perlawanan ini, mereka mahu menjaringkan gol dan itu bagus. Kami melakukannya, kami menjaringkan dua gol, yang itu bagus. Tetapi pada akhirnya mereka menjaringkan tiga gol.
"Tapi positifnya dari perlawanan ini, saya melihat banyak percubaan tepat dan itu semua bagus," katanya.
Katanya lagi, selepas melihat pada perlawanan ini, banyak yang perlu mereka perbaiki sebelum aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Tottenham hari Jumaat ini.
Sumber: [1], [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.