Liverpool telah berdepan dengan pasukan Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018/19 di Madrid awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Kloop ini berjaya membuktikan kebangkitan pasukan mereka dalam musim kali ini apabila berjaya menewaskan Tottenham dengan jaringan 2-0, hasil jaringan Mohamed Salah (2' - Penalti) dan Origi (87').
Kali terakhir Liverpool pernah memenangi piala Liga Juara-Juara ini adalah pada musim 2004/05, menentang A.C Milan dengan penentuan sepakan penalti. Kemenangan hari ini menjadikan Liverpool berjaya menjulang trofi Champions League untuk kali ke-6.
Terdahulu, Liverpool juga telah menamatkan saingan dalam Liga Perdana Inggeris ditempat kedua dalam carta liga, dengan hanya perbezaan satu mata dibelakang Manchester City.
Tahniah Liverpool!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.