Lima penerbangan terpaksa ditunda sehingga 15 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo selepas seekor kura-kura dikesan melintasi laluan pesawat Jumaat lalu.
Memetik laporan News.com.au, salah seorang juruterbang yang sedang bertugas dan bersiap sedia untuk berlepas melaporkan kejadian apabila terlihat kura-kura berkenaan.
Menara kawalan trafik terpaksa menunda kesemua penerbangan di laluan sepanjang 4,000 meter itu bagi memastikan semua dalam keadaan baik.
Beberapa kru lapangan terbang bertindak menangkap kura-kura seberat 1.8 kilogram dan sepanjang 30 sentimeter itu menggunakan jaring.
Pihak berkuasa mendapati reptilia itu dipercayai keluar daripada salah sebuah kolam takungan berhampiran lapangan terbang terbabit.
Menurut pihak pengurusan lapangan terbang, kelibat haiwan lain seperti anjing atau kucing atau anjing yang sesat sudah biasa dilihat di kawasan itu, namun kura-kura adalah sesuatu yang baharu.
Sumber: Unsplash.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.