Satu kajian dijalankan keatas sekumpulan lembu menunjukkan kebanyakkan lembu akan makan sambil menghadap ke utara atau selatan.

Diketuai oleh Hynek Burda dari University of Duisburg-Essen di German, penemuan ini mengejutkan ramai penyelidik dan ia sangat menakjubkan.
Hynek Burda pada mulanya membuat kajian keatas tikus dan mendapati haiwan ini mempunyai kompas magnetik dalam badan, dimana mereka akan membuat tempat tidur pada bahagian selatan dalam sarang mereka.

Beliau kemudiannya melihat sekumpulan lembu sedang meragut rumput sambil menghadap kepada satu arah yang sama. Beliau kemudian menjalankan kajian ketas 8,500 lembu daripada 300 ladang ternakan serata dunia.

Hasil kajian mendapati, kebanyakkan lembu akan menghadap ke utara atau selatan bumi ketika sedang makan atau sedang berehat.

Sumber: NPR
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.