Seorang lelaki yang mendapat jolokan ‘Lelaki Terjelik Uganda’ membuktikan bahawa rupa paras bukanlah ukuran untuk berkahwin.
Malah, beliau mengejutkan orang ramai kerana telah berkahwin untuk kali yang ketiga.
Menurut laporan dari media tempatan, lelaki yang bernama Godfrey Baguma, 47, telah menikahi isteri ketiganya dalam suasana yang cukup meriah.
Beliau sebelum ini pernah menyertai pertandingan lelaki terjelik di Uganda, menang gelaran tersebut pada tahun 2002 dan mencari wang untuk keluarganya dengan gelaran tersebut.
Beliau yang menderita kelainan pada wajah hingga kerangka mukanya menjadi tidak sekata, juga dikenali sebagai penyanyi dan menjadi selebriti di negara Afrika.
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.