Seorang individu terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram (kg) ketika sedang membersihkan kawasan pembinaan di Jalan Kubu Gajah, Larut.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Nor Khairi Johari, individu itu yang merupakan pemandu jengkaut menghubungi pihaknya sebelum lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Operasi menangkap reptilia itu segera dijalankan dengan menggunakan alat penjerut sebelum ular itu diangkat menggunakan jengkaut ekoran saiznya yang agak besar.
“Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum reptilia itu dibawa balik ke balai untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.
Tambah Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, beliau memaklumkan ular berkenaan tidak dapat diselamatkan.
“Ular ni kalau sudah lurus badannya, bermakna ia sudah berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.
“Jadi apabila ia sudah mati, kita lupuskan dengan menanamnya,” ujarnya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.