Seorang lelaki berusia 55 tahun daripada Turki berdepan hukuman penjara lima tahun kerana mengganggu tugas pegawai awam.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Seref Can, telah bercerai dengan isterinya dan didakwa telah menghubungi polis lebih daripada 100 kali sehari antara Mei 2017 hingga Mei 2018. Sejak itu, beliau telah melakukan 45,210 kali panggilan telefon tanpa sebarang sebab dan hanya ingin berbual dek kerana sunyi.
Lelaki berkenaan yang menghubungi talian kecemasan dan menghalang pegawai awam melakukan tugas, akan berdepan hukuman penjara sehingga 5 tahun.
Sumber: Hurriyetdaily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.