Seorang lelaki mendapat perhatian di media sosial apabila berkongsi videonya yang berjaya mengumpul lebih RM9000 untuk berkahwin dengan isterinya sekarang.
Farhan atau mesra disapa Paan Sam mendedahkan dia membuat sendiri enam tabung buluh berkenaan dan menyimpan wang tunai selama tiga tahun.
Berasal dari Kulim, Kedah, Paan mahu menyimpan di dalam tabung buluh kerana ia hanya perlu dipecahkan untuk mengambil duit yang disimpan itu.
Selain itu, dia juga merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Nurul Hannani Patin yang telah dikenalinya selama 11 tahun lalu.
“Selain bekerja sebagai guru dekat sekolah, saya ada juga buat kerja lain. Saya ada banyak buat part-time sewa PA system, bawa hantar makanan, jadi security guard pun pernah.
“Kadang-kadang saya tak masukkan note RM10 setiap hari, saya kumpul cukup seminggu baru masukkan dalam tabung,” katanya.
Video berdurasi 1 minit yang dikongsi di laman TikTok juga telah mendapat lebih 1.4 juta kali tontonan.
Akhirnya, impian Paan untuk melangsungkan majlis terlaksana apabila disatukan pada 2 Februari lalu.
“Alhamdulillah kami dah selesai akad nikah hari Rabu. Duit hasil daripada menabung saya guna untuk mas kahwin, RM1500 dan selebihnya saya guna untuk hantaran dan kenduri.
“Ada juga saya guna duit simpanan lain bukan dari simpanan tabung kahwin untuk majlis. Baki RM4000 duit tabung tu saya simpan untuk guna lepas kahwin,” katanya yang juga anak kedua daripada lima beradik.
Pelbagai reaksi warganet yang kagum akan usaha yang ditunjukkan Paan untuk merealisasikan majlis perkahwinannya bersama pasangan.
Sumber: [1] [2]
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.