Jika anda gemar untuk keluarkan tangan daripada tingkap kenderaan, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan perkara sedemikian.
Baru-baru ini, seorang lelaki dari Filipina, putus tangan kanannya selepas dilanggar bas lain ketika beliau didapati tertidur dengan tangan yang terkeluar daripada tingkap bas.
Mangsa dilihat menangis selepas kejadian dan ditenangkan oleh pasukan keselamatan Metropolitan Manila Development Authority (MMDA). Beliau dibawa ke East Avenue Medical Center untuk rawatan kecemasan.
Sumber: Coconuts Manila
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.