Seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu tirinya dengan memenggal kepala mangsa menggunakan parang di Kampung Batu Machang direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan tempoh tahanan reman dilaporkan sehingga 22 Februari ini terhadap suspek yang berusia 39 tahun itu.
“Tahanan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum proses pendakwaan di mahkamah dapat diteruskan,” katanya.
Terdahulu, penduduk terkejut apabila berlaku kejadian seorang wanita ditemukan dalam keadaan lehernya putus dipercayai dipenggal anak lelaki tirinya di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.55 petang, suspek dipercayai seorang penagih dadah dan pesakit mental akhirnya bertindak menyerah diri di Balai Polis Bertam.
Suspek juga mengaku dan mengatakan dia telah membunuh ibu tirinya dengan parang.
Sumber: Utusan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.