Seorang lelaki mengamuk bertindak memecahkan cermin kereta isterinya dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah.
Suspek terbabit disahkan sudah ditahan polis pada hari sama kejadian berlaku untuk disiasat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memaklumkan wanita berusia 24 tahun pantas membuat laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 10.37 pagi.
Menerusi hantaran di laman Facebook, mangsa yang dikenali sebagai Amira Nabila berkongsi perkara sebenar yang mereka sudah lama tidak duduk sebumbung sejak bulan April 2021 dan dalam proses penceraian.
Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang memandu sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun.
“Suspek pada masa itu menunggang motosikal jenis Honda Wave dan dia seterusnya bertindak menahan kereta mangsa,” katanya.
Tambahnya, suspek bertindak mengetuk cermin sebelah penumpang hadapan dan mnegtuk beberapa kali untuk mangsa membuka tingkap.
Malah, alasan yang diberikan mahu mengirimkan wang kepada anak mangsa tetapi sebaliknya yang berlaku dengan memecahkan cermin kereta milik mangsa.
“Mangsa kemudian membuka sedikit cermin kereta, namun secara tiba-tiba suspek merentap cermin berkenaan sehingga pecah dan tercabut.
“Serpihan kaca telah terkena pada anak mangsa sehingga menyebabkannya terkejut,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.