Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) dari Malaysia telah dihukum gantung sampai mati di pusat tahanan Singapura, awal pagi ini akibat pertuduhan terhadapnya.
Adiknya, Sarmila Dharmalingam mengesahkan kematian Nagaenthran K. Dharmalingam selepas rayuan terakhir defendan ke atas hukuman tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan Singapura, semalam.
Mendiang didapati bersalah atas kesalahan mengedar heroin seberat hampir 43 gram semasa cuba memasuki Singapura pada 2009.
Hukuman gantung sampai mati berjaya ditangguh pada tahun berikutnya sehingga 2022 melalui pelbagai petisyen dan rayuan.
“Kami sekeluarga masih sukar mempercayai kerajaan Singapura tetap meneruskan hukuman mati ke atas abang saya meskipun terdapat banyak rayuan dari pelbagai pihak di peringkat antarabangsa untuk menghentikannya.
“Kematian Nagaenthran amat menyedihkan dan kami masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.