Seorang lelaki yang juga bapa kepada dua orang anak telah bersumpah akan hanya memakai pakaian merah dan putih hingga akhir hayatnya.
Sevenraj, 58, dikenali ramai kerana kegilaannya terhadap warna merah putih, serta obses dengan nombor 7.
Pernah mendapat pengiktirafan daripada India Book of Records (IBR) dan Ripley’s Believe it or Not, Sevenraj teruja apabila ramai memberikan perhatian terhadapnya disebabkan pemilihan dua warna ini.
Kegilaan pada warna merah putih turut disokong isterinya, Pushpa, bersama anak-anak mereka, Bharataj dan Maneesha.
Keluarga ini bukan sahaja memakai pakaian merah putih, tetapi hiasan dalam rumah seperti perabot, kereta dan aksesori diri juga hanya menggunakan dua warna ini.
"Pada mulanya orang mentertawakan kami, tetapi sekarang ke mana kami pergi, orang kenal kami. Mereka ekori kami dan meminta untuk bergambar.
"Ada yang hantar bunga merah dan putih ke rumah. Saya sukakan perhatian ini. Saya rasa seperti selebriti,"
Menurut Sevenraj, beliau mula obses pada warna merah putih selepas dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan putih dalam pemakaian.
Ketika berusia 18 tahun, beliau menambah koleksi tali leher merah, diikuti kereta, kasut dan bingkai cermin mata berwarna merah, hinggalah kombinasi merah putih ini terjadi.
"Saya ada lebih 30 tali leher, 15 kot, 30 kemeja putih, 25 seluar semuanya warna putih dan merah," katanya.
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.