Sebuah jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Emas di bandar Vladivostok, Rusia telah dibuka pada tahun 2012.
Bagaimanapun, negara tersebut tidak membenarkan pejalan kaki menggunakan jambatan tersebut walaupun ia merupakan jalan terpendek untuk ke pusat bandar.
Ekoran larangan itu, empat lelaki dilihat cuba menyamar sebagai sebuah bas kuning dek kerana ingin menyeberangi jambatan tersebut.
Namun, taktik kumpulan berkenaan tidak berhasil apabila mereka dikesan oleh pihak keselamatan tempatan dan kemudiannya mengusir mereka daripada jambatan terbabit.
Sumber: RadioLiberty
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.