Seorang lelaki dari China meninggal dunia selepas hatinya cedera didakwa meneguk sejenis minuman berkarbonat bersaiz 1.5 liter dalam tempoh 10 minit.
Memetik laporan Mirror, punca lelaki berkenaan meninggal dunia bukan sahaja disebabkan hatinya cedera, malah akibat kandungan gas di dalam badannya kerana meminum minuman tersebut.
Difahamkan, kejadian pelik sebegini ada diceritakan dalam jurnal ‘Clinic and Research in Hepatology and Gastroenterology’ atau dalam bahasa Melayunya ialah Klinik dan Penyelidikan dalam Hepatologi serta Gastroenterologi.
Ketika kejadian berlaku, lelaki itu bergegas untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Beijing selepas mengadu kesakitan di bahagian perutnya yang membengkak akibat meminum minuman tersebut secara berlebihan.
Dia mengalami tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung yang tinggi dan bernafas dengan cepat ketika diperiksa pegawai perubatan dan kemudian pihaknya berusaha mengeluarkan gas dari sistem pencernaannya.
Lelaki berkenaan memaklumkan tujuannya minum minuman soda 1.5 liter itu hanya sekadar untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas ketika ini.
Namun, lelaki tersebut tidak dapat diselamatkan doktor apabila disahkan meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan di hospital.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.