Sekumpulan lelaki mendapat perhatian warganet apabila bertindak memasak mi segera di dalam sinki di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur.
Malah, video berdurasi 19 saat itu memaparkan mi segera sedang dimasak di dalam sinki tandas sebuah hotel.
Pemilik video berkenaan difahamkan terpaksa mencari alternatif lain setelah tidak membawa perkakas seperti pinggan atau mangkuk.
Namun, mereka menjelaskan sinki tersebut telah dibersihkan dengan air panas sebelum memasak mi segera itu.
Pelbagai komen dan reaksi ditunjukkan warganet apabila video tersebut dimuat naik di media sosial tetapi ada sebuah komen yang mengatakan mereka pernah membasuh najis bayi dan berkumur menggunakan sinki di hotel tersebut.
Ramai yang berpendapat tindakan sekumpulan lelaki itu tidak patut dilakukan dan perlu mengambil faktor kebersihan dan kesihatan mereka.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.