Seorang pemilik kucing di China nekad mengklonkan kucing kesayangannya demi mengubati kerinduan.
Memetik laporan China News, Huang Yu bersedih apabila kucing kesayangannya, Garlic telah mati beberapa bulan lalu.
Huang Yu kemudiannya menanam bangkai kucing itu sebelum menemui artikel yang pernah dibacanya tentang pengklonan haiwan perliharaan di China.
"Tiada siapa yang boleh menggantikan Garlic, kucing kesayangan saya.
“Garlic tidak pernah ada anak dan tiada apa yang Garlic tinggalkan selain kenangan, jadi saya fikir lebih baik saya mengklonkannya,” kata Huang.
Huang kemudian membawa bangkai kucing yang ditanam ke syarikat pengklonan yang dikenali sebagai Sinogene yang berpangkalan di Beijing.
Tujuh bulan kemudian, syarikat itu mengumumkan berjaya mengklonkan Garlic yang juga merupakan kucing klon pertama dihasilkan di negara ini.
Syarikat itu juga mempelawa orang ramai yang ingin mengklonkan haiwan peliharaan dengan modal RM222,366.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.