Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Lelaki Kena Tipu, Bayar Penuh Penginapan Rupanya ‘Homestay Ghaib’?

Dah sampai homestay rupanya?
Muhammad Izwan Zainal
08 Jun 2022, 03:10 PM

Seorang pelancong dan keluarganya kecewa apabila mengalami pengalaman pahit selepas mendapati lokasi rumah inap di sebuah kampung tidak wujud.

lelaki kena tipu, bayar penuh penginapan rupanya ‘homestay ghaib’?

Masnawi Md Yusoff, 50 difahamkan berhasrat mahu menginap ketika ingin menyambung cuti di Terengganu setelah melawat beberapa lokasi di Kelantan.

"Saya menempah rumah inap ini secara dalam talian pada pagi Jumaat dan telah membayar sejumlah RM245 untuk menginap selama dua hari, dua malam iaitu pada 5 hingga 7 Jun.

"Saya tiba di situ pada Ahad lalu. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, saya gagal menemui rumah inap yang telah ditempah. Saya cuba menghubungi 'pemilik' rumah berkenaan beberapa kali namun talian tidak dijawab," katanya.

Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, mangsa juga ada berjumpa dengan beberapa penduduk sekitar tetapi dimaklumkan rumah inap berkenaan tidak wujud di situ.

"Saya ada bercakap dengan penduduk yang tinggal di kawasan itu, mereka memberitahu 'homestay' tersebut memang tiada.

"Lebih memeranjatkan, saya turut diberitahu, bukan sahaja saya yang menjadi mangsa malah sudah berbelas orang mangsa yang dipercayai tertipu dengan 'homestay' yang tidak wujud itu," katanya.

Namun, mangsa akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Port Dickson setelah gagal mendapat lokasi untuk menginap.

"Saya cuba juga cari lokasi lain untuk menginap pada malam itu malangnya semua hotel dan homestay sudah penuh mungkin disebabkan musim cuti sekolah.

"Malam itu juga saya bertolak pulang dan tiba di Port Dickson pagi Isnin," katanya.

Tambahnya, dia menerima emel yang meminta tambahan bayaran sebanyak RM100 sebagai deposit untuk menginap di rumah itu selepas membuat bayaran penuh.

"Saya abaikan sahaja emel itu dan tidak membuat bayaran tambahan sebab saya sudah jelaskan bayaran penuh.

"Kami sekeluarga rasa kesal dan telah melaporkan perkara yang berlaku kepada platform tempahan hotel dan penginapan yang digunakan," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}