Seorang lelaki di Indonesia nekad untuk ‘menikahi’ sebuah periuk nasi kerana memenuhi ciri-ciri idamannya.
Menerusi ciapan di laman Twitter @lagidirumah, tiga keping foto yang memaparkan pengantin lelaki yang bernama Khoirul Anam mengenakan pakaian serba putih sempena majlis ‘pernikahannya’ itu menjadi tular di media sosial.
“Putih, pendiam dan pandai memasak. Sangat diidamkan,” tulisnya.
Malah, Khoirul dilihat memegang periuk nasi di foto pertama selepas selesai ‘dinikahinya’.
Foto kedua pula memaparkan lelaki itu mengucup periuk nasi tersebut manakala pada foto ketiga pula, pengantin lelaki sedang duduk sambil menandatangani dokumen di sehelai kertas.
Pelbagai tanda tanya dalam kalangan warganet mengenaii tindakan yang dilakukan lelaki itu, ada juga yang mempercayai ia hanya lakonan semata-mata.
Namun, lelaki tersebut bertindak untuk berpisah dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari daripada hari perkahwinan mereka.
Lelaki itu nekad mahu berpisah atas alasan si ‘isteri’ itu tidak tahu memasak makanan lain dan hanya mampu memasak nasi sahaja.
Sumber: Suara Jogja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.