Seorang lelaki berusia 35 tahun daripada Jepun telah melansungkan perkahwinannya bersama sebuah karakter animasi, Hatsune Miku, minggu lalu.
Dipetik dari laman Next Shark, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kando, dilaporkan mengalami trauma pada 10 tahun lalu selepas dibuli seorang penyelia wanita. Sehingga kejadian itu, Kando sudah tidak mempercayai mana-mana wanita lagi.
Sehingga satu ketika, Kando bertemu dengan Hatsune dan masalahnya ketika 10 tahun lalu mulai reda. Pada 4 November lalu, Kando mengahwini karakter Hatsune dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh 39 orang.
Sumber: Next Shark
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.