Seorang lelaki terkejut apabila menemui tengkorak dan tulang manusia di belakang rumahnya. Tapi apa yang lebih mengejutkan adalah jawapan isterinya apabila diberitahu mengenai penemuan tulang dan tengkorak tersebut.
"Jangan risau. Ia adalah suami pertama saya" kata wanita berusia 60 tahun itu.
"Tanam semula dan lupakan pasal ni. Kita tak akan bagi tahu polis"
Wanita itu mengaku 21 tahun yang lalu di telah membunuh suaminya menggunakan kapak dan tanam di kebum kentang di rumahnya. Menurut wanita itu, dia melakukan hal itu kerana ingin melindungi dirinya daripada dipukul suami yang balik dalam keadaan mabuk.
Selepas membunuhnya, dia berpura-pura yang suaminya pergi bekerja dan tak pernah pulang sejak itu. Jadi dia pun berkahwin lain.
Sumber: MIrror.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.