Panta Pertrovic, seorang lelaki yang berpindah ke sebuah gua kecil di sebuah kawasan pergunungan pada 20 tahun lepas akhirnya menerima suntikan vaksin COVID-19.
Lelaki berusia 70 tahun itu mengetahui mengenai bahayanya virus berkenaan apabila melawat sebuah pekan pada tahun lalu.
“Virus itu tidak memilih mangsa. Ia akan datang ke sini, ke gua saya juga,” katanya.
Berasal dari Pirot, Serbia, dia menyarankan orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 untuk melindungi diri dan orang sekeliling.
“Saya ingin dapatkan kesemua tiga dos termasuk dos tambahan. Saya juga ingin menggalakkan setiap penduduk agar mendapatkan vaksinasi mereka,” katanya.
Dikenali sebagai ‘lelaki gua’, Pertrovic pernah bekerja sebagai buruh sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersendirian di dalam gua kerana tidak mahu berhubung dengan mana-mana individu.
Malah, gua yang didiami Pertrovic hanya boleh masuk dengan berjalan kaki sahaja akibat curam di bahagian luar gua.
Dia juga mempunyai ayam, 30 ekor kucing, anjing, kambing dan babi hutan yang dinamakan Mara.
Sumber: The Sun
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.