Seorang lelaki telah membalas dendam terhadap seekor ular, sehingga menyebabkan reptilia berbisa itu mati.
Menurut Mail Online, Parvat Gala Baria, 60, meninggal dunia akibat dipatuk ular di muka ketika bekerja disebuah kampung di Mahisagar.
Menurut penduduk, ketika kejadian mangsa sedang memindahkan jagung ke dalam sebuah trak.
“Secara tiba-tiba seekor ular keluar dari tempat simpanan jagung.
“Semua pekerja melarikan diri, tetapi Baria tidak berganjak dan berkata, ular itu ditangkapnya sebelum ini,” katanya.
Parvat kemudiannya menangkap ular itu tetapi haiwan berkenaan tiba-tiba menggigit tangan dan mukanya. Beliau yang marah kemudian menangkap ular tersebut dan menggigitnya hingga mati.
Lelaki itu meninggal dunia akibat racun ular itu sudah merebak ke seluruh tubuhnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.