Apalah malangnya nasib lelaki ini apabila cintanya ditolak oleh 80, 000 orang perempuan dalam amsa 8 tahun.
Namun lelaki ini tak pernah berputus asa untuk mencari bakal isteri buatnya. Mungkin cara Niu Xiangfeng, 31, yang agresif untuk mencari pasangan hidup membuatkan perempuan mudah turn off. Apa yang membuatkan Niu semakin terdesak untuk berkahwin adalah selepas dia kematian bapanya beberapa tahun yang lalu.
“Dalam tempoh lapan tahun, saya sudah menghantar mesej kepada kira-kira 60,000 wanita di media sosial dan laman mencari jodoh namun kebanyakan mereka enggan keluar bertemu janji atau tidak membalas mesej saya.
“Saya juga menegur hampir 30,000 wanita di jalan raya atau di mana sahaja tetapi jawapannya tetap sama,” katanya.
Menurut Niu, wanita lebih suka memandang harta dan parasa rupa.
“Kebanyakan mereka (wanita) memilih lelaki tinggi dan tampan serta pandai berkata-kata, tetapi saya seorang lelaki yang pendek dan hodoh,” jelasnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.