Seorang lelaki yang terperangkap di atas bumbung rumah diselamatkan anggota bomba di perumahan murah Kampung Berkat pada Isnin.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran, Penolong Penguasa Bomba, Samsul Effendi Sulaiman memaklumkan pihaknya mendapat aduan daripada orang awam dan menerima panggilan sekitar jam 9.16 malam.
Seramai lapan anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki berusia 30an berada di atas bumbung rumah.
“Pasukan bomba menggunakan tangga dan pengusung bagi menurunkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Lelaki tersebut dipercayai tertidur di atas bumbung dan kejadian disedari orang awam yang bertindak menghubungi pihak polis.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.