Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Selepas 45 Tahun, Lelaki Disangka Maut Dalam Nahas Pesawat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Sajjad disangka maut ketika tragedi pesawat terhempas pada tahun 1976.
Muhammad Izwan Zainal
06 Aug 2021, 04:05 PM

Seorang lelaki dari India yang disangka maut dalam tragedi pesawat terhempas pada 45 tahun lalu membuat ramai terkejut apabila didapati masih hidup.

Sajjad Thangal yang berusia 70 tahun itu akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya dan disambut meriah penduduk kampung, rakan dan pemimpin setempat di Kollam, Kerala, India.

selepas 45 tahun, lelaki disangka maut dalam nahas pesawat kembali ke pangkuan keluarga

Menurut Hindustan Times, kepulangan Sajjad membuatkan ibunya teruja setelah mengetahui berita mengenai anaknya yang masih hidup.

Malah, tragedi menyayat hati itu menyaksikan 95 orang terkorban termasuk pelakon terkenal Rani Chandra setelah pesawat Indian Airlines terhempas pada 1976 

Ketika kejadian, Sajjad berusia 25 tahun sedang bekerja dengan Rani untuk menguruskan program kebudayaan di sekitar negara.

selepas 45 tahun, lelaki disangka maut dalam nahas pesawat kembali ke pangkuan keluarga

Difahamkan, mereka berdua dijadual menaiki penerbangan Mumbai tetapi terdapat perubahan di saat akhir yang menyelamatkan nyawanya.

Namun, kejadian itu membuatkan Sajjad mengalami trauma serius sehingga terpaksa berpindah ke Mumbai untuk menjalani rawatan.

Siasatan latar belakang keluarganya dilakukan dan pihak rumah jagaan mendapati ibunya Fathima Beevi masih hidup.

selepas 45 tahun, lelaki disangka maut dalam nahas pesawat kembali ke pangkuan keluarga

Akhirnya, Sajjad dipertemukan dengan ibunya menerusi panggilan telefon sebelum dibawa ke kampung halamannya di Sathamkotta.

Menurutnya, keluarga Sajjad menyangka dan menganggap Sajjad sudah meninggal dunia apabila tidak menjumpai namanya di senarai penumpang yang terlibat nahas tersebut.

Sumber: Hindustan Times

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}