Seorang lelaki tular bulan lalu apabila sanggup berenang dari jeti Tanjung City Marina, George Town menuju ke Seberang Perai dengan alasan ingin bertemu rakan.
Namun, individu sama cuba melakukan perbuatan sama dengan alasan ingin ke Tanah Suci Mekah pula pada minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, Pasukan Polis Marin Pulau Pinang pantas menyelamatkan lelaki itu yang bertindak berenang di jeti yang sama.
Tambahnya, orang awam di tempat kejadian bertindak menghubungi polis apabila menemui lelaki berusia 28 tahun itu terapung di tengah laut sekitar jam 4.55 petang.
“Hasil siasatan awal serta pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan merupakan lelaki yang sama dalam kejadian yang dilaporkan terdahulu dan kali ini alasan yang diberikan adalah untuk berenang pergi ke Tanah Suci Mekah” katanya.
Lelaki berkenaan dibawa pihak Polis ke hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mental.
Lelaki berkenaan kini ditempatkan di wad Psikiatrik Jalan Perak, George Town untuk rawatan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati negatif.
Malah, hasil penilaian pihak hospital juga mendapati lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang masalah mental.
Sumber: Awani
Kredit Foto Mamu Jarum
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.