Seorang penduduk di wilayah Hubei dilaporkan nekad melarikan diri dengan cuba menyeberangi sungai terpanjang di China.
Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan ketika dia sedang mendayung sebuah sampan di Sungai Yangtze minggu lalu.
Lelaki berkenaan juga memberi alasan dia terpaksa menggunakan sampan berikutan sekatan perjalanan keluar dari Hubei telah dikuatkuasakan sejak 26 Januari lalu.
Gambar penahanan lelaki ini bersama sampan, baldi dan bangku juga telah tular di media sosial baru-baru ini dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Dalam perkembangan lain, jumlah kematian kini semakin meningkat kepada 426 orang, dengan 425 daripadanya adalah di China, dan seorang di Filipina. Jumlah kes pula meningkat kepada 20,626 orang di 27 buah negara seluruh dunia.
Sumber: SCMP
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.