Seorang lelaki dari Berlin berjaya memperdaya aplikasi Google Maps dengan mencetuskan kesesakan jalan raya, sedangkan ketika itu laluan lengang.
Simon Weckert yang mengaktifkan aplikasi berkenaan pada 99 telefon pintar yang dipinjam daripada rakannya, selain ada juga yang disewa dari sebuah kedai telefon.
Menurut laporan CNN, kesemua 99 telefon pintar berkenaan diletakkan dalam beberapa kereta sorong dan membawanya ke beberapa jalan di sekitar bandar Berlin.
Selang beberapa minit, peta jalan yang asalnya lengang telah bertukar merah, menandakan jalan tersebut sedang sesak teruk. Paling menarik jalan itu juga menempatkan pejabat Google.
Idea untuk membuat aliran trafik palsu ini wujud ketika Simon Weckert menghadiri demonstrasi jalanan di Berlin suatu ketika dahulu.
Perkara tersebut juga menunjukkan bahawa apa sahaja kini boleh dilakukan dengan teknologi dihujung jari.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.